Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? - Bab 1 (1)
Bab 1
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Saya mula mengenali tentang perubatan alternatif semasa bekerja sebagai Penyelia Akaun di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1995.Masa itu, duit peti tunai yang saya jaga hilang dari simpanan sebanyak RM1000 genap.
Hendak kata ,orang lain ambil,tidak mungkin kerana bersama saya pada masa itu hanya seorang akauntan yang memang saya kenal sangat.Kak Ton ini memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan jujur.Bos kami memang sayang habis dekat dia kerana sifatnya yang jujur.Saya pun "respect" habis dekat dia.Saya tertarik dengan senyuman manisnya dan loghat Melakanya."Kita" dan "Awak" itulah perkataan permulaan dia yang selalu saya ajuk.
Mahu tidak mahu terpaksa saya luahkan juga kes kehilangan RM1000 itu kepada Kak Ton.Nak bayar guna duit poket sendiri tidak mampu.Duit gaji tidak seberapa ,tetapi cukuplah untuk bayar sewa rumah,makan dan sedikit simpanan.
Maklumlah masa itu baru mula berjinak dengan pekerjaaan.Apa-apapun saya bersyukur dengan kurniaan Allah.
Maklumlah masa itu baru mula berjinak dengan pekerjaaan.Apa-apapun saya bersyukur dengan kurniaan Allah.
Akhirnya,"Kak Ton! Duit peti tunai saya hilang seribu." Terpacul juga keluar kata-kata itu setelah sekian lama saya pendam.Bukan apa, takut kalau orang lain ingat saya yang ambil.Saya nampak muka Kak Ton seperti terkejut tetapi dia tidak mudah melatah.Lega hati saya.Alhamdulillah! Kak Ton tidak menuduh saya mengambilnya malah dia sama-sama berusaha mencari dan mengeledah dalam meja dan fail-fail saya sekiranya ada terselit di mana-mana.
Tidak jumpa.Kebesokan harinya,Kak Ton menasihati saya untuk menghubungi bapa saudaranya yang mungkin boleh menolong saya.Dikhabarkan,bapa saudara Kak Ton dapat menghafal surah Yasiin dengan satu nafas.Wow! Terkejut saya mendengarnya.Bukan apa,setahu saya nak menghafal Yasiin sekurang-kurangnya lapan minit hingga lima belas minit.Sifat ingin tahu saya berkobar-kobar untuk ambil kepastian.
Dari sini saya mula mengenali Pak Ngah
..........InsyaAllah bersambung malam ni pukul 8mlm.Jangan ke mana-mana sekiranya ingin mengikuti kisah selanjutnya..
Comments
Post a Comment