Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? -Pendahuluan
Kisah ini dipaparkan untuk tatapan semua pelawat blog saya.Saya ingin berkongsi pengalaman saya dari mula terlibat dan dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang perawat Islam.
Ketika saya sedang menaip kisah ini, masih ramai di luar sana yang masih mengamalkan perkara-perkara syirik dalam perubatan. Saya tidak kata yang saya sudah terlepas dari amalan itu namun saya berdoa agar Allah sentiasa menjauhkan diri dari terjerumus ke dalam lembah syirik yang boleh membawa kepada pemesongan akidah.
Kenangan suka-duka bersama orang-orang di sekeliling saya yang banyak memberi dorongan serta bimbingan tidak akan dilupakan.Merekalah watak-watak suci yang membawa saya hingga ke saat ini.Kisah ini dizahirkan sekadar suka-suka namun di dalamnya mungkin juga ada ilmu dan pengajaran yang boleh di ambil pakai.
Saya membuka ruang yang luas kepada pelawat blog ini agar memberi komen yang membina kepada saya.Kita sama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu yang kita ada dalam mengembangkan syiar Islam melalui Perubatan Islam.
Saya berdoa semoga Allah memberi kesembuhan kepada pesakit-pesakit yang pernah saya rawat.Itulah harapan saya,InsyaAllah.Dengan kesembuhan itu,kita sama-sama dapat mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.Sentiasa ingat, setiap musibah yang menimpa kita di dalamnya terdapat hikmah dan rahmat Allah.
Kisah ini bukannya terhenti setakat ini sahaja.Oleh itu,jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kisah-kisah selanjutnya.
"Layakkah aku digelar "Ustaz" akan saya paparkan mengikut episod-episod.
Mynur2u
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti episod yang akan datang..InsyaAllah
ReplyDelete