Posts

Showing posts from December, 2012

Ayat Penawar - Al-Isra' Ayat 82

Image
SURAH AL-ISRA' AYAT 82 : PENAWAR PENYEMBUH PENYAKIT - AMALKANLAH Ayat ini adalah tergolong daripada Ayat-ayat Syifa yang boleh dijadikan amalan bagi menyembuhkan penyakit dengan izin Allah S.W.T termasuk penyakit hati. Marilah kita sama-sama amalkannya supaya jiwa dan jasad kita dilindungi Allah. InsyaAllah

Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? - Bab 1(2)

Image
Bab 1 Tak Kenal Maka Tak Cinta Setelah menggeledah kami gagal menemui duit RM1000 itu. Saya mengambil keputusan untuk menghubungi Pak Ngah segera.Menurut Pak Ngah, sekiranya duit itu diambil oleh makhluk halus (khadam) ia akan ambil berulang-ulang selagi duit kita masih ada. Gambar Hiasan Menurut Pak Ngah juga, kelemahan makhluk halus (khadam) ini, ia tidak boleh mengambil keluar duit sekiranya ruang dan lubang yang ada tidak muat untuk duit di tarik keluar atau tidak boleh dimasuki udara.Saya mula padankan apa yang diberitahu Pak Ngah dengan tarikh kejadian duit hilang.Saya sepatutnya menyimpan duit di dalam peti besi tetapi hari itu saya hanya tinggalkan di dalam laci kerana gelut balik rumah.Lagipun,tidak  pernah berlaku kes kehilangan duit sebelum ini. Pak Ngah menasihati saya supaya menunggu di dalam bilik akaun itu untuk satu malam kerana sekiranya betul duit saya diambil oleh makhluk halus, ia akan datang ambil lagi.Jadi tindakan yang harus diambil, bagi ia terser

Welcome to Sedim's River , Kulim.The Best! Alhamdulillah!

Image

Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? - Bab 1 (1)

Image
Bab 1 Tak Kenal Maka Tak Cinta Saya mula mengenali tentang perubatan alternatif semasa bekerja sebagai Penyelia Akaun di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 1995.Masa itu, duit peti tunai yang saya jaga hilang dari simpanan sebanyak RM1000 genap. Hendak kata ,orang lain ambil,tidak mungkin kerana bersama saya pada masa itu hanya seorang akauntan yang memang saya kenal sangat.Kak Ton ini memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan jujur.Bos kami memang sayang habis dekat dia kerana sifatnya yang jujur.Saya pun "respect" habis dekat dia.Saya tertarik dengan  senyuman manisnya dan loghat Melakanya."Kita" dan "Awak" itulah perkataan permulaan dia yang selalu saya ajuk. Mahu tidak mahu terpaksa saya luahkan juga kes kehilangan RM1000 itu kepada Kak Ton.Nak bayar guna duit poket sendiri tidak mampu.Duit gaji tidak seberapa ,tetapi cukuplah untuk bayar sewa rumah,makan dan sedikit simpanan. Maklumlah masa itu baru mula berjinak dengan pekerjaaa

Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? -Pendahuluan

Image
Contoh tangkal Pendahuluan Kisah ini dipaparkan untuk tatapan semua pelawat blog saya.Saya ingin berkongsi pengalaman saya dari mula terlibat dan dalam menghadapi liku-liku sebagai seorang perawat Islam. Ketika saya sedang menaip kisah  ini, masih ramai di luar sana yang masih mengamalkan perkara-perkara syirik dalam perubatan. Saya tidak kata yang saya sudah terlepas dari amalan itu namun saya berdoa agar Allah sentiasa menjauhkan diri dari terjerumus ke dalam lembah syirik yang boleh membawa kepada pemesongan akidah. Syirik -Gambar Hiasan Kenangan suka-duka bersama orang-orang di sekeliling saya yang banyak memberi dorongan serta bimbingan tidak akan dilupakan.Merekalah watak-watak suci yang membawa saya hingga ke saat ini.Kisah ini dizahirkan sekadar suka-suka namun di dalamnya mungkin juga ada ilmu dan pengajaran yang boleh di ambil pakai. Saya membuka ruang yang luas kepada pelawat blog ini agar memberi komen yang membina kepada saya.Kita sama-sa

Doa mustajab elak kecurian

Image
Doa mustajab untuk elak kecurian Klik SINI dan  SINI

Real Ghost's Voice ( Suara Pontianak ) ??

Image
Gambar Hiasan  V V Suara Pontianak ???( Klik Sini )

Ana merindui anta semua..teman-teman SMR dan Pen Mutiara

Image
>>>> KLIK SINI <<<<

Bermulanya ana sebagai perawat Islam

Image
Logo pusat perubatan ana ( Pusat Perubatan Islam Mynur ) Alhamdulillah !Banyak yang ana dapat belajar apabila mendekatkan diri dengan "Rumah Allah" terutamanya Surau Mahabbatir Rasul (SMR) Batu Maung, Pulau Pinang.Terima kasih kepada semua rakan -rakan surau terutamanya Al-Fadhil Ustaz Zulkarnain dan Ustaz Sham dari Surau Taman Mewah Fasa 2. Tuan Aziz  terkenal dengan sifat seorang yang merendah diri, akhlak tuan banyak yang saya pelajari  dan banyak lagi yang saya dapat dari rakan-rakan sekalian..Terima Kasih Seminar Perubatan Islam yang pertama ana hadiri yang diadakan di masjid negeri Pulau Pinang oleh Al-Fadhil Ustaz Afzan ( Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Muallij )   Seminar Perubatan Islam yang kedua  ana hadiri yang diadakan di Perpustakaan Alor Setar  oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie ( Pengarah Urusan Sinar Zamnurrani Sdn Bhd dan Exco Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) Al-Fadhil Ustaz Abdullah Saleng ( Ustaz P

Berkenan sungguh ana tengok gambar ni

Image
Comel-comelnya!

Bersama ustaz ana iaitu Ustaz Afzan ( Pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Muallij )

Image
B ersama-sama dengan team Darul Muallij melawat sebuah kilang di Kulim.Syukur Alhamdulillah melihat kejayaan yang dicapai oleh orang Islam. Bersama dengan Ustaz Afzan (pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Muallij) di Klinik Mynur Kulim Kedah