Penggunaan Jin Menurut Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995 telah membincangkan Penggunaan Jin Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.
- Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.
- Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
- Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.
Comments
Post a Comment