|
gambar hiasan |
Assalamualaikum semua! Kali ini kami terpanggil untuk menerangkan tentang bahayanya benda-benda seperti senjata, cincin, tangkal dan lain-lain yang dikatakan mempunyai hikmah tertentu atau isi.Sebenarnya kesan hikmah atau sakti itu terjadi kerana terdapat kalangan jin tertentu yang berdamping dengan benda tersebut.
Sekiranya jin tersebut setia dan menjaga dengan sungguh-sungguh barang tersebut tidak kisah tetapi malangnya hampir kesemua jin bukanlah jenis yang menurut perintah manusia malah mereka sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita.
Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al Jinn Ayat 6 yang bermaksud
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."
|
Gambar Hiasan |
Banyak kes yang kami terima, jin-jin tersebut cuba dan ada yang telah pun menyerap masuk ke dalam badan tuannya dan lebih teruk lagi jin tersebut bersetubuh dengan isteri atau anak-anak perempuan tanpa di sedari. Sekiranya dapat di kesan di peringkat awal Alhamdulillah namun sekiranya gagal di kesan dalam jangkamasa panjang, ia memang sukar untuk dibuang atau dipisahkan.
Anak-anak perempuan/isteri yang terkena selalunya dalam keadaan murung dan sering nampak atau terasa ada lembaga hitam tidur/tindih/bersetubuh dengannya dan juga kadangkala mendapat jangkitan penyakit kulit/lain atau lebam-lebam yang tidak dapat dirawat oleh pihak hospital.
Keadaan keluarga mangsa menjadi kacau bilau dan pertengkaran yang tidak di jangka selalu terjadi.
|
Gambar Hiasanj |
Tuan yang empunya barang hikmat masih tidak menyedari dan kadang-kadang tuan sendiri menjadi seolah-olah orang hilang akal.Banyak lagi kesan-kesan buruk akibat dari berdamping dengan jin ini.
|
Gambar Hiasan |
Sebenarnya tidak ada istilah jin baik yang dapat menjaga keselamatan keluarga kita.Berserahlah kita kepada Allah sepenuhnya dalam apa jua keadaan.Ingatlah golongan jin ini sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan keturunan Bani Adam. Memang ada yang baik di kalangan/di alam mereka namun apabila terdapat segelintir manusia yang meminta pertolongan dari mereka, menjadikan mereka bertambah angkuh dan sombong dan semestinya mereka akan membawa kita ke jalan kesesatan.
Coretan ini untuk tatapan semua hasil dari ilmu kerdil kami ini dan pengalaman-pengalaman yang pernah kami lalui.
Sesungguhnya semua yang baik itu semestinya dari Allah SWT dan yang yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri.
Wallahu a'lam.
Comments
Post a Comment