Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? - Bab 1(4)

Bab 1
Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sambungan dari Bab 1(3) ...maaf kerana lama tak update kisah saya ini,sibuk sikit.Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu cerita yang seterusnya..

gambar hiasan
 Tersentak.Tiba-tiba saya dapat lihat seperti mana yang Pak Ngah cakapkan .Gambaran seperti TV warna memang betul-betul berlaku tetapi hati saya masih sangsi samada itu betul atau khayalan saya sahaja."Adik ada nampak apa-apa tak?" tanya Pak Ngah.Saya dengan spontan mengatakan "Ya".Memang benar saya nampak.Saya dapat lihat dengan jelas nenek di hadapan saya dalam keadaan duduk di atas katil.Apa yang peliknya, sebelum saya pejam mata tadi,dia masih dalam keadaan terbaring sakit."Hairan juga! mungkin ini khayalan sahaja" fikir saya.Memang saya sukar nak mempercayainya jika difikirkan dengan logik akal yang waras.

Pak Ngah bertanya saya samada saya nampak benda lain "makhluk halus" di sekeliling kawasan nenek dan rumah itu.Saya terus mengatakan "tidak".Memang sah tidak nampak sebarang lembaga di sekeliling nenek atau kawasan dalam rumah itu.

Lepas itu, saya dengar Pak Ngah membuat kesimpulan kepada ahli keluarga nenek itu.Pak Ngah mengatakan makhluk yang sering mengganggu nenek itu tidak ada di sekeliling dan telah lari sebaik sahaja kami datang untuk berubat.Pak Ngah membuat keputusan untuk memandikan n nenek itu dengan beberapa jenis bunga setelah selesai menolong saya mencari duit seribu yang hilang.

Masih dalam keadaan mata tertutup.Namun,saya dapat rasakan yang kaki saya terketar-ketar.Saya cuba beberapa kali untuk menenangkannya namun gagal.Hendak kata takut,tidak mungkin malah saya rasa seronok adalah.Fikir saya,mungkin saya tidak dapat tahan dengan kedudukan melunjur itu.Walau apapun saya masih dapat dengar dengan jelas dan berfikir dengan waras apa yang terjadi di sekeliling  walaupun dalam keadaan mata pejam.Saya teringat kata-kata ustaz semasa zaman sekolah dahulu,sekiranya kita masih dalam keadaan sedar dan waras berfikir ,tidak menjadi satu kesalahan.Saya amat pasti yang saya dalam keadaan sedar dan dapat berfikir dengan waras.

Escalator "gambar hiasan"
Tertanya-tanya apakah langkah yang akan Pak Ngah lakukan seterusnya.Pak Ngah mengarahkan saya untuk terus naik ke pejabat saya.Sebaik sahaja Pak Ngah arah begitu,tiba-tiba saya nampak dengan jelas diri saya ada di hadapan "escalator" bangunan Angkasaraya.Saya tidak naik escalator itu sebaliknya saya terhenti lama memandang ke satu sudut, dua orang pengawal keselamatan yang berwajah serupa."Saya kenal sangat dengan dia tetapi seorang sahaja bukan dua" fikir saya lagi.

Sekali lagi saya dengar Pak Ngah minta agar saya terus masuk ke dalam pejabat saya namun saya masih tercegat memandang ke arah pengawal keselamatan itu.Diri saya seolah-olah engkar arahan Pak Ngah.Saya pun pelik.

Apa yang pelik lagi,  Pak Ngah boleh nampak apa yang saya nampak.Pak Ngah terus bertanya mengapa saya berhenti memandang mereka lalu saya menjawab yang saya nampak pengawal keselamatan itu ada dua orang berwajah serupa.Kalau diikutkan seperti yang pernah lihat sebelum ini,dia hanya seorang sahaja.

Pak Ngah mengarahkan saya untuk bertanya kepada pengawal keselamatan itu sama ada mereka ada mengambil duit saya yang hilang itu.Tanpa banyak soal,saya terus bertanya kepada mereka dan saya lihat mereka terketar-ketar menggelengkan kepala.

Saya dengar Pak Ngah mengarahkan saya meninggalkan dan biarkan mereka di situ.Pak Ngah memberitahu saya,memang betul mereka tidak mengambil duit saya dan sebab apa mereka berwajah serupa adalah di sebabkan ilmu penggerun yang digunakan oleh pengawal itu.Yang berwajah serupa dengan pengawal itu adalah "pendamping"nya.

Mulai dari saat itu juga,saya dapat tahu apa sahaja yang dapat lihat ,Pak Ngah juga dapat tahu.Pelik tapi benar! Itulah sajalah yang saya dapat ungkapkan.Ilmu Allah memang sangat luas dan tidak dapat dijangkau oleh otak manusia yang  yang kerdil ini.

Seterusnya,saya nampak diri saya berjalan masuk ke dalam pejabat.Suasana seperti hari bekerja biasa.Saya dengan jelas nampak bos,pegawai dan lain-lain kakitangan pejabat bekerja seperti biasa.Mereka seolah-olah tidak sedar kehadiran saya dan langsung tidak nampak saya.Pelik!Pelik! Bisik hati saya lagi.

Saya lalu di hadapan mereka dan masuk ke dalam bilik akaun saya.Tiba-tiba saya terhenti dan tercegat sekali lagi.

Kali ini saya betul-betul rasa bimbang.Saya berhenti dan tercegat betul-betul di hadapan Kak Ton yang juga anak saudara Pak Ngah.Pak Ngah tanya saya mengapa saya tercegat di situ.Saya takut untuk memberitahu perkara yang sebenar,risau Pak Ngah akan marah saya sekiranya saya memberitahu perkara yang sebenar.Saya memerhati Kak Ton yang sedang asyik membuat kerja di mejanya.

Apa yang tidak kena dengan Kak Ton.Fikiran saya masih berfikir-fikir mengapa tiba-tiba saya berhenti di hadapan Kak Ton.

Tersentak.Saya tersentak apabila Pak Ngah menegur saya sekali lagi.Sekali lagi Pak Ngah memesan kepada saya agar memberitahu perkara yang sebenar.

" Beritahu,walaupun anak saudara Pak Ngah sendiri"  
ujar Pak Ngah .Saya terkejut kerana sekali lagi Pak Ngah dapat tahu apa yang saya nampak.Saya lantas memberitahu Pak Ngah yang saya lihat adalah Kak Ton.

Pak Ngah tidak terkejut langsung malah meminta saya meninjau sekeliling Kak Ton.Saya akur dengan arahan Pak Ngah. 
Gambar Hiasan
Saya melihat satu lembaga hitam legam  di belakang Kak Ton.Hitam legam.
Itulah yang saya dapat  gambarkan.
Berselindung di belakang Kak Ton dalam ketakutan yang amat sangat.Melihat keadaan dia yang ketakutan, diri saya menjadi semakin berani.....


InsyaAllah .Kita sambung lain episod ...maaf ada kerja nak dibuat..Saya harap jangan lepaskan peluang untuk mengikuti pengalaman saya ini di episod akan datang..Kalau tak ada aral melintang insyaAllah besok saya sambung.

Comments

  1. tak sabar pulak nak tahu kisah selanjutnya.
    hehe..
    nice blog anyway.. keep it up.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayat Penawar - Al-Isra' Ayat 82

Cara Mencari ayat Al-Quran dan Terjemahan Dengan Mudah (untuk yang belum tahu)