Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? - Bab 1(3)
Bab 1
Tak Kenal Maka Tak Cinta
gambar hiasan |
Saya lihat sikap Pak Ngah yang merendah diri memudahkan keluarga pesakit menceritakan segala permasalahan yang ada.Kelihatan air muka Pak Ngah sungguh tenang dalam menghadapi situasi sebegitu .Fikir saya,mungkin kerana pengalaman dan ilmunya dalam bidang perubatan ini.Untuk kali ini saya hanya memerhati dan belajar sebanyak mungkin yang boleh.
Pak Ngah lantas memanggil mana-mana cucu yang berani tampil untuk menolong nenek mereka yang sedang terlantar di atas katil.Kalau tidak silap saya,Pak Ngah memberitahu saya nenek itu sakit di sebabkan oleh gangguan saka.Ada seorang cucu perempuan yang bersetuju untuk menolong neneknya itu.Dia diminta untuk duduk melunjur sambil memejam mata.
Hati saya berdebar-debar hendak tahu apakah yang akan terjadi seterusnya.Macam mana rupa saka ? Boleh nampak ? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di fikiran saya ini.Takut,seronok,kasihan dan lain lagi semuanya bercampur-baur.Namun di lubuk hati ini tidak lupa dari ingat kepada Allah.Hanya Allah sajalah yang dapat menyelamat saya sekiranya ada apa-apa terjadi di luar kawalan kami pada waktu itu.
Gagal! Percubaan cucu tadi untuk menolong neneknya gagal.Menurut cucu itu dia tidak dapat menyelami atau melihat apa-apa semasa pejam mata dan semasa Pak Ngah membaca surah Yasiin tadi.Pak Ngah panggil cucu-cucu yang lain tetapi mereka takut untuk mencuba.
Untuk pengetahuan ,kaedah yang Pak Ngah gunakan agak istimewa sikit.Sambil pembantu duduk melunjur ,Pak Ngah akan membaca surah Yassin .Tangan Pak Ngah akan diletakkan di atas kepala.Mengikut Pak Ngah, sekiranya diizinkan Allah ,pembantu itu akan nampak gambaran seolah-olah kita sedang menonton TV.
Tengah asyik memerhati apa yang Pak Ngah lakukan,tiba-tiba Pak Ngah memerhati kepada saya dan memanggil saya untuk menolong nenek itu dan saya sendiri.Tanpa berlengah,saya terus ke tempat duduk itu dan masa itu saya sungguh teruja untuk mencuba kaedah yang dikatakan menggunakan Surah Yasiin itu.Bagi saya,ini adalah satu pengalaman yang tidak akan saya dapat lupakan.Saya rasa nak tengok sendiri apa yang dikatakan Pak Ngah sebagai kita menonton TV warna .
Saya memejam mata dan Pak Ngah meletakkan tangannya ke atas kepala saya.Saya dengar Pak Ngah membaca surah Yasiin dengan jelas.Hati saya berbisik "mengapa lebih dari satu nafas?".Namun saya membiarkan soalan itu berlalu begitu sahaja dan akan bertanya kepada Pak Ngah apabila selesai perubatan nanti.
Sedikit tersentak.Tiba-tiba saya dapat lihat seperti apa yang Pak Ngah cakapkan.
bersambung....
Untuk mengetahui apakah yang saya dapat lihat dalam alam itu,jangan lepaskan di dalam episod yang akan datang "Bab 1(4)".
gambar hiasan |
Gagal! Percubaan cucu tadi untuk menolong neneknya gagal.Menurut cucu itu dia tidak dapat menyelami atau melihat apa-apa semasa pejam mata dan semasa Pak Ngah membaca surah Yasiin tadi.Pak Ngah panggil cucu-cucu yang lain tetapi mereka takut untuk mencuba.
Untuk pengetahuan ,kaedah yang Pak Ngah gunakan agak istimewa sikit.Sambil pembantu duduk melunjur ,Pak Ngah akan membaca surah Yassin .Tangan Pak Ngah akan diletakkan di atas kepala.Mengikut Pak Ngah, sekiranya diizinkan Allah ,pembantu itu akan nampak gambaran seolah-olah kita sedang menonton TV.
Saya memejam mata dan Pak Ngah meletakkan tangannya ke atas kepala saya.Saya dengar Pak Ngah membaca surah Yasiin dengan jelas.Hati saya berbisik "mengapa lebih dari satu nafas?".Namun saya membiarkan soalan itu berlalu begitu sahaja dan akan bertanya kepada Pak Ngah apabila selesai perubatan nanti.
Sedikit tersentak.Tiba-tiba saya dapat lihat seperti apa yang Pak Ngah cakapkan.
bersambung....
Untuk mengetahui apakah yang saya dapat lihat dalam alam itu,jangan lepaskan di dalam episod yang akan datang "Bab 1(4)".
Comments
Post a Comment