Posts

Keahlian GAPPIMA

>>>> Klik SINI <<<< Keahlian GAPPIMA 1. Pihak urusetia GAPPIMA ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang lama dalam memproses permohonan keahlian GAPPIMA. 2. Hal ini disebabkan oleh prosedur dan urusan serta komitmen yang tinggi diperlukan bagi memproses keahlian tersebut. 3. Ahli Jawatankuasa telah memutuskan di peringkat awal untuk  MELULUSKAN  permohonan keahlian dari semua pemohon dari ahli Persatuan Kebajikan Islam Darul Syiffa', Sinar Zamdurani, AKRINE, Persatuan Asy-Syahidi, Al-Hidayah, Darul Hadith, Darul Salam, Al-Manarah, Pusat Perubatan Seiring Syariat,Darul Thibbun Nabawi, Yashfien dan Darul al-Ansar. 4. Permohonan keahlian bagi pemohon yang lain masih lagi dalam proses. 5. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Hajjah Azian- 0126020463 Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-2 1. GAPPIMA akan mengadakan AGM kali ke-2 pada 8/9/13(Ahad) pada jam 2p.m. 2. Semua ahli GAPPIMA layak untuk menghadiri AGM i

Berkursus dengan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie ( Sinar Zamdurrani )

Image
>>>LIHAT GAMBAR KURSUS<<<

Pengalaman Mengerjakan Umrah Di Tanah Suci

Image

Penggunaan Jin Menurut Islam

Image
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995 telah membincangkan Penggunaan Jin Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.   Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.   Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.   Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Nampak Biasa Saja Tapi Kesannya Sungguh Menggerunkan

Image
gambar hiasan         Assalamualaikum semua! Kali ini kami terpanggil untuk menerangkan tentang bahayanya benda-benda seperti senjata, cincin, tangkal dan lain-lain yang dikatakan mempunyai hikmah tertentu atau isi.Sebenarnya kesan hikmah atau sakti itu terjadi kerana terdapat kalangan jin tertentu yang berdamping dengan benda tersebut.         Sekiranya jin tersebut setia dan menjaga dengan sungguh-sungguh barang tersebut tidak kisah tetapi malangnya hampir kesemua jin bukanlah jenis yang menurut perintah manusia malah mereka sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita.         Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al Jinn Ayat 6 yang bermaksud " Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." Gambar Hiasan       Banyak kes yang kami terima,

Redha Suami Membawa Ke Syurga

Image
1.Redha Suami Membawa Ke Syurga  Riwayat:at-Tirmizi katanya ini hadis Hasan Kategori:Munakahat Hadith: Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. Huraian Hadith: Suami yang redha terhadap isterinya yang telah meninggal dunia membolehkan isterinya dimasukkan ke dalam syurga. Isteri-isteri hendaklah melakukan suatu perkara yang diredhai oleh suaminya. Setiap sesuatu yang hendak dilakukan oleh seseorang isteri hendaklah dipersetujui oleh suaminya. Keizinan suami atas suatu perkara yang dilakukan oleh isterinya adalah menunjukkan keredhaan suami. 2.Menyara Keluarga Lebih Afdhal Riwayat:Muslim Kategori:Munakahat Hadith: Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang

Perangi Pemimpin Maksiat

Image
Perangi Pemimpin Maksiat Riwayat:Muslim Kategori:Akhlak Hadith: Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat". Huraian Hadith: Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam