Posts

Showing posts from 2013

Pengalaman Mengerjakan Umrah Di Tanah Suci

Image

Penggunaan Jin Menurut Islam

Image
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995 telah membincangkan Penggunaan Jin Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.   Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.   Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.   Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Nampak Biasa Saja Tapi Kesannya Sungguh Menggerunkan

Image
gambar hiasan         Assalamualaikum semua! Kali ini kami terpanggil untuk menerangkan tentang bahayanya benda-benda seperti senjata, cincin, tangkal dan lain-lain yang dikatakan mempunyai hikmah tertentu atau isi.Sebenarnya kesan hikmah atau sakti itu terjadi kerana terdapat kalangan jin tertentu yang berdamping dengan benda tersebut.         Sekiranya jin tersebut setia dan menjaga dengan sungguh-sungguh barang tersebut tidak kisah tetapi malangnya hampir kesemua jin bukanlah jenis yang menurut perintah manusia malah mereka sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita.         Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al Jinn Ayat 6 yang bermaksud " Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." Gambar Hiasan       Banyak kes yang kami terima,

Redha Suami Membawa Ke Syurga

Image
1.Redha Suami Membawa Ke Syurga  Riwayat:at-Tirmizi katanya ini hadis Hasan Kategori:Munakahat Hadith: Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. Huraian Hadith: Suami yang redha terhadap isterinya yang telah meninggal dunia membolehkan isterinya dimasukkan ke dalam syurga. Isteri-isteri hendaklah melakukan suatu perkara yang diredhai oleh suaminya. Setiap sesuatu yang hendak dilakukan oleh seseorang isteri hendaklah dipersetujui oleh suaminya. Keizinan suami atas suatu perkara yang dilakukan oleh isterinya adalah menunjukkan keredhaan suami. 2.Menyara Keluarga Lebih Afdhal Riwayat:Muslim Kategori:Munakahat Hadith: Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang

Perangi Pemimpin Maksiat

Image
Perangi Pemimpin Maksiat Riwayat:Muslim Kategori:Akhlak Hadith: Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat". Huraian Hadith: Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam

Ingatlah Golongan Yang Lemah

Image
Ingatlah Golongan Yang Lemah Riwayat:    Bukhari Hadith:  Daripada Mus’ab bin Abu Waqas R.huma katanya, “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi SAW bersabda, “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu)”.  Huraian Hadith:  1.      Orang Islam yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan hendaklah merendahkan dirinya kerana kelebihan itu sendiri wujud dengan adanya golongan yang lemah dan tidak bernasib baik. 2.      Pertolongan dan rezeki Allah kepada sesuatu golongan manusia atau masyarakat adalah disebabkan adanya golongan  lemah dalam kelompok atau sesuatu masyarakat. Sumber: KLIK SINI

Haram Mengkhianati Sesama Islam

Image
Haram Mengkhianati Sesama Islam Riwayat:   at-Tirmizi, katanya hadis hasan Hadith:  Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”  Huraian Hadith:  Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain. Haram menumpahkan darah Islam sesama. Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT. Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang bol

Cara Mencari ayat Al-Quran dan Terjemahan Dengan Mudah (untuk yang belum tahu)

Image
No1 : Klik "QURAN.COM" dalam blog ini atau boleh search dengan taip "quran.com" No 2 : Pastikan nombor surah yang hendak di cari. Cthnya: Surah No.17 Al-'Isra' dan taip dalam ruangan searh 17. No.3 : Taip " :82" sekiranya kita mencari ayat 82. Jadi dalam ruangan search akan tertera 17:82 dan klik "search". No.4 : Pastikan ayat yang keluar sepertimana yang kita mahu.Cthnya  Al-'Isra' ayat 82. No.5 : Cari terjemahan Al-Quran mengikut bahasa yang kita mahu.

Rawatan Santau Sihir oleh Mynur

Image
Antara kaedah rawatan santau/sihir mynur Ustaz Sharhan Shafie - Tujuh Tips  Menghindari Sihir

PENYELEWENGAN PENGAMAL PERUBATAN.pdf dan SANTAU

Image
>>>>KLIK SINI<<<<<                             Video

Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? - Bab 1(4)

Image
Bab 1 Tak Kenal Maka Tak Cinta Sambungan dari Bab 1(3) ...maaf kerana lama tak update kisah saya ini,sibuk sikit.Mungkin ramai yang tertung g u-tunggu cerita yang seterusnya.. gambar hiasan  Tersentak.Tiba-tiba saya dapat lihat seperti mana yang Pak Ngah cakapkan .Gambaran seperti TV warna memang betul-betul berlaku tetapi hati saya masih sangsi samada itu betul atau khayalan saya sahaja."Adik ada nampak apa-apa tak?" tanya Pak Ngah.Saya dengan spontan mengatakan "Ya".Memang benar saya nampak.Saya dapat lihat dengan jelas nenek di hadapan saya dalam keadaan duduk di atas katil.Apa yang peliknya, sebelum saya pejam mata tadi,dia masih dalam keadaan terbaring sakit."Hairan juga! mungkin ini khayalan sahaja" fikir saya.Memang saya sukar nak mempercayainya jika difikirkan dengan logik akal yang waras. Pak Ngah bertanya saya samada saya nampak benda lain "makhluk halus" di sekeliling kawasan nenek dan rumah itu.Saya terus mengataka

Ijazah dan Sijil Perubatan Islam

Image

Asma ul Husna - 99 Nama nama Allah

Image

Layakkah Aku Digelar "Ustaz"? - Bab 1(3)

Image
Bab 1 Tak Kenal Maka Tak Cinta gambar hiasan Malam itu,selepas menunaikan solat Maghrib dan makan malam,kami bertolak ke rumah nenek tersebut.Apabila sampai,saya lihat cucu-cucu nenek itu telah menyediakan segala persiapan untuk perubatan. Saya lihat sikap Pak Ngah yang merendah diri memudahkan keluarga pesakit menceritakan segala permasalahan yang ada.Kelihatan air muka  Pak Ngah sungguh tenang dalam menghadapi situasi sebegitu .Fikir saya,mungkin kerana pengalaman dan ilmunya dalam bidang perubatan ini.Untuk kali ini saya hanya memerhati dan belajar sebanyak mungkin yang boleh. Pak Ngah lantas memanggil mana-mana cucu yang berani tampil untuk menolong nenek mereka yang sedang terlantar di atas katil.Kalau tidak silap saya,Pak Ngah memberitahu saya  nenek itu sakit di sebabkan oleh gangguan  saka.Ada seorang cucu perempuan yang bersetuju untuk menolong neneknya itu.Dia diminta untuk duduk melunjur sambil memejam mata. gambar hiasan Hati saya berdebar-debar he

Borang GAPPIMA

Image
Untuk perawat-perawat Islam yang belum berdaftar.   <<<KLIK SINI>>>Borang GAPPIMA

Hero and Heroin

Image
Pagi mereka mandi-manda di Sungai Sedim. Waktu petang,tanpa di sedari tiga sepupu ini main di atas rumah.Diam sepi ,kami di bawah langsung tak perasan. Tut!Tut! Rupanya tengah main sajli. Riuh rendah di atas rumah.Kekabu dalam bantal busuk berusia 15 tahun lebih, kesayangan along dan kakak telah menjadi korban.Tetapi bagaimanapun "Hero Salju" telah dapat dipastikan setelah heroin-heroin membocorkan rahsia.Kesudahannya ketiga-tiga telah "ditangkap" dan "dibasahkan". " " " " " Mangsa Korban Upacara Salju! Tercengang! Wajah sebenar heroin yang tidak di kesan oleh CCTV dengan jelas.